Bismillahirrahmanirrahim…
Teringat
usai usrah yang diadakan petang tadi. Kata kak naqibah, “Sesungguhnya setiap
amalan itu perlukan niat. Bayangkan jika kita melakukan ibadah, tetapi kita
tidak Basmalah terlebih dahulu? Allahu.. ruginya diri.”
Entry kali
ini tentang Oki Setiana Dewi (OSD). InsyaAllah. Saya sedang berusaha
menghabiskan dua buah buku nukilan OSD. Yang satu bertajuk “Melukis Pelangi”,
dan yang satu lagi bertajuk “Sejuta Pelangi”. Saya masih membaca buku pertama.
Mengambil masa lapang untuk membaca. Kekadang selepas asar. Kenapa? Saya dengar
selepas Asar kita perlu elakkan belajar. Kerana satu ilmu masuk ke otak, 10
ilmu yang lainnya akan keluar. Nauzubillah. Moga ilmu yang saya belajar kekal
sampai bila-bila. InsyaAllah. Kembali ke tajuk asal. Buku ini saya beli semasa
menghadiri sebuah talkshow. bersama sahabat tersayang, sekitar Kuala Lumpur,
dihantar dan dijemput oleh ayah. Alhamdulillah. Ahli panel jemputannya ialah
Wardina Safiyyah Fadhlullah dan Oki Setiana Dewi. Program yang diberi nama “A
Moment To Remember” ini sememangnya memberi banyak moments yang akan saya
remember sampai bila-bila, dan akan saya sampaikan kepada anak cucu dan orang
ramai. Biiznillah. (*Saya akan tulis corat
coret sekitar program ini dalam entry yang lain. InsyaAllah)
Sejujurnya,
banyak teladan, nasihat dan kata-kata yang begitu memotivasikan diri. Entry ini
bukanlah “book review” tentang buku tersebut, tetapi saya akan kongsikan
coretan yang menarik hati dan dekat dengan jiwa saya, insyaAllah. Moga entry
akan datang ini bermanfaat, insyaAllah, bersandarkan dengan kata-katan “Orang
yang paling baik ialah orang yang paling banyak memberikan manfaat kepada insan
lain”.
note : mama bagitahu semalam, OSD dah launch satu lagi buku baru.. moga Allah beri kesempatan untuk membaca bukunya yang ketiga itu! Biiznillah.





.jpg)
No comments:
Post a Comment