CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, September 28, 2013

Sebenarnya, Saya HAMBA DIA!

Ketika hati tak lagi punya rasa,
Ketika hati tak bergetar saat disebut nama-Nya,
Ketika keangkuhan menjajahnya,
Ketika telah lenyap kelembutannya,

Mari segera muhasabah.
Mari segera istighfar.

Kerana terlalu banyak dosalah yang membuat hati ini keras.
Kerana terlalu banyak dosalah yang membuat hati ini tertutup.

Ya Allah,
Lembutkan hati ini.
Bersihkanlah noda dosa yang melingkupi hati ini Ya Tuhan.

Hingga mudah cahaya hidayahMu menembusinya. 


Tuesday, September 24, 2013

Surah Al-Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim.
Entry kali ni specially dedicated untuk Kakak Naqibah :) 



Surah ini juga dipanggil Surah Al-Tauhid. 
Ia merupakan surah ke 112 dan ianya merupakan surah Makkiyah.
Ia diturunkan setelah turunnya surah al-Nas. 
Surah yang mempunyai 4 ayat ini mempunyai beberapa keutamaan menurut buku 'Keajaiban Surah-surah Al-Quran' tulisan Ustaz Syarhan Safie. Barangsiapa yang membaca surah ini sesudah solat, Allah akan mengumpulkan baginya kebaikan di dunia dan di akhirat serta akan mengampunkan dosa-dosanya, dosa kedua-dua orang tuanya dan dosa-dosa anaknya. 

Antara amalan yang melibatkan surah ini ialah sunat dibaca pada apa-apa hari sahaja. Sunat juga dibaca dalam solat fardhu.
Orang yang membaca surah ini bagaikan membaca sepertiga al-Quran. 

Membaca surah ini 11 kali selepas solat Fajar mencegah kita daripada perbuatan dosa. 

Sesiapa yang khuatir dizalimi oleh orang lain kemudian membaca surah ini, Allah akan mencegah kezaliman orang itu. 

Membaca surah ini sebanyak 7 kali tanpa selang seli berbicara sedikitpun, maka apa-apa hajat seorang Mukmin akan dipenuhi dengan kehendak Allah. 

Dari segi penyembuhan pula, dengan bacaan surah ini, orang yang terkena penyakit mata insyaAllah akan sembuh. 

Orang yang bermimpi membaca surah ini akan memperoleh kedudukan yang tinggi di dunia dan mendapat segala yang diingininya di dunia dan akhirat. 



di sisi Ulama', ia surah yang pendek, tapi huraiannya sangat panjang. 
p/s: Jom Mengaji :)

Friday, January 4, 2013

REZEKI part two


Terdapat macam-macam punca sebenarnya rezeki itu ditahan…
Antaranya…


 

Ini antara petikan yang diambil dari Facebook Ustaz Don.. 
Di bawah ini pula amalan yang bakal kita laksanakan untuk tambah rezeki kan? ^^,


 
Terdapat macam-macam punca sebenarnya rezeki itu ditahan…
Antaranya… Ayuh sahabat, jangan sesekali mengatakan Allah tidak adil.. Dialah Yang Maha Adil.. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah tersiratnya. Sesungguhnya Dia la sebaik-baik perancang :)









REZEKI part one


Bismillah..
REZEKI.. mengungkapnya mudah.. mencarinya payah..
Enteng untuk kita cakap “Rezeki di tangan Allah”, namun jika usahanya zero, mana datang hasilnya kan?
REZEKI, ada macam-macam jenis bagi saya. 



REZEKI anak soleh solehah.. tak ramai yang memilikinya.. Pemiliknya juga punya amanah dan tanggungjawab yang besar.. Siapa tak mahu anak soleh yang bakal mendoakan kita kelak? Siapa tak mahu anak soleh yang mampu menyelamatkan kita dari azabnya?

REZEKI harta benda.. Ini mungkin kepunyaan ramai, maksud saya, ramai yang mempunyai rezeki yang murah dari segi kewangan dan material. Misalnya, tabungan yang banyak dan mencukupi. Mampu memiliki rumah mewah, pakaian berjenama lagi mahal, makanan yang sedap-sedap, kereta bersusun dan melancong bila-bila masa sahaja kan? Ramai juga yang mengimpikannya, mengidamkannya, menantikannya. Bagi saya, REZEKI harta benda ini satu cubaan. Ya, Allah tu sebenarnya saja ingin melihat bagaimana kita menguruskan wang yang banyak , duit berkepuk-kepuk tu.. Ada tak dibayar zakatnya, ada tak dikongsi bersama fakir, miskin, anak yatim dan yang memerlukan, ada tak duit itu diguna untuk kebaikan..
Macam mana disebutkan dengan “duit digunakan untuk kebaikan” tu? Beli kereta, kereta dibawa ke masjid atau surau atau program ilmiah dan islamik.. kebaikan tu namanya. Tiada kereta tapi punya motor, isi minyak untuk ke Usrah, kebaikan tu namanya. Beli makanan lalu diberi kepada yang kelaparan, kebaikan tu namanya. Pakaian yang tak dipakai lagi namun masih elok tetapi didermakan, kebaikan tu namanya, Nah… mudahkan, berbuat kebaikan?

REZEKI minda yang cerdas, hati yang terang. Ini lebih baik daripada punyai harta yang banyak… Mudahnya memahami Islam dan keindahannya. Mudahnya menghafal surah-surah dan ayat-ayat al-Quran, mudahnya memikirkan kebesaran Allah… AllahuAkbar!

REZEKI iman yang kuat, kadangkala iman kita turun naik. Jom sama-sama doa biar iman kita dikuatkan selalu, diupgrade selalu, ditop-up selalu..

REZEKI punya ibu dan bapa serta ahli keluarga.. Ini satu hal lagi.. Ramai yang tidak bersyukur masih mempunyai ibu bapa dan keluarga lagi.. bayangkan jika salah seorang itu pergi meninggalkan kita. Ramai yang melawan kata, biadap, kasar dan tidak menghormati mereka. malah tidak taat kepada mereka. naudzubillah. ingatlah, mereka hanya pinjaman buat kita dari Allah. sampai masa, mereka menutup mata. kita juga. ingatlah. 

REZEKI punya umur yang panjang. Usia panjang, jika diisi dengan perkara sia-sia tidak mendatangkan kebaikan. lebih baik usia yang pendek tetapi diisi dengan kebaikan. Seringkali saya baca dalam doa tiap hari, "Ya Allah panjangkanlah umurku, kedua ibu bapaku dan ahli keluarga ku serta sahabatku untuk terus mentaatiMu.

REZEKI pasangan yang soleh / solehah.. mula berdoa dari sekarang juga. Allah itu Maha Mendengar. Siapa yang akan menolak pasangan soleh / solehah. Ia mampu membimbing kita, berpimpin tangan menuju jannahnya. Namun, jika tidak dikurniakan seperti yang kita impikan, redha kan hati, ingatlah ianya ujian tanda sayang dari Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.. 

REZEKI dalam beribadah... maksud saya berkemampuan..lebih tepat lagi menunaikan haji dan umrah.. tak ramai yang dijemput menjadi tetamu Allah... walaupun saya sendiri belum berpeluang untuk kesana, saya sedang bercita-cita, berniat dan bersiap sedia. insyaAllah.. Moga diizinkan Allah. 



Akhirnya, REZEKI itu hak Allah...

 

Monday, December 24, 2012

kenangan yang tak akan hilang..


Pulang ke kampung halaman, 
mata bergenang, hati berkocak, 

lihat kanan, lihat kiri,,, 
Allah, kuatkan aku..
dulu kat sini, tempat aku main-main..
dulu kat sini, tempat aku kejar ayam..
dulu kat sini, tempat aku kutip batu kecik-kecik nak main batu seremban..
dulu kat sini, tempat aku bagi makan ayam..
dulu kat sini, tempat aku bakar sampah..
dulu kat sini, tempat aku sembelih ayam dengan atuk..
dulu kat sini, tempat aku parut kelapa..

sekarang semua berubah, 
tak ada atuk, tak ada wan.. 
yang ada, tinggal kenangan..

dulu kalau balik kampung, atuk cepat-cepat bawak motor dia, beli aiskrim untuk aku..
dulu kalau balik kampung, mesti masak roti bakar, maklang buat sedap!
dulu kalau balik kampung, mesti aku panjat pokok. tak peduli kerengga. 
dulu kalau balik kampung mesti pegi pekan, beli cat, sambung cat rumah atuk.. 
dulu kalau balik kampung, aku lah yang paling rajin basuh bilik air, kemas dapur. 
dulu kalau balik kampung, tak ada siapa yang boleh tidur depan tv kecuali aku. 
dulu kalau balik kampung, mak teh selalu picit kaki sebelum tidur. 
dulu kalau balik kampung, makan roti keras, cicah air kopi panas! Pergh~
dulu kalau balik kampung, atuk ngan wan hadiahkan aku rantai tangan. cucu lain tak dapat. aku je dapat, tapi sekarang rantai tu dah jadi cincin. trade-in, dah tak muat lah~  (*ramai yang ingat ni cincin tunang.. hewhewhew)

semuanya dulu,, dah tinggal kenangan.. nak simpan betul-betul, tak mau lupa sampai bila-bila. 
terima kasih Allah, sebab "pinjamkan" atuk dan wan untuk saya!

kehilangan tu memang berat, memang sukar untuk dihadapi, 
tapi ada hikmahnya. percayalah! 

entry dah habis.. nak cari tisu.. sob sob sob..
 

Friday, December 21, 2012

Hijabista!


Many many many styles, many fabrics, many ways,
It’s how you wear your hijab. As long as you concern to the syariat and how Allah has said and how the prophet Muhammad has thought us. Macam-macam gaya, Najwa Latif, Siti Nurhaliza, Yuna, Wardina, and many more. But remember girls and women, only follow the style that COVERS your aurat. 

Hijab is not only a piece of cloth that you just put on your head, it has it’s own function. Biologically and logically. Logically, it protect  you from sunshine, that can lead to rambut kering. Other than that, the public especially orang lelaki akan lebih menghormati orang yang bertudung. Mereka tak akan buat yang bukan-bukan, kan?
I’m surprised when a statement from a non-muslim said “I just want to know how is the hair of the women that wearing hijab. Whether it is in good condition or not.” ~What a prejudice perception I think. #OnlyMyPerception.

This semester break, I’ve been to many places. Tak kira la kampung or Bandar. From what I saw, too many styles of wearing tudung.
Islam itu sangat menjaga golongan wanita, kerana itu banyak yang perlu kita buat, pakai tudung, pakai stoking, pakai baju labuh dan elakkan pakai seluar ketat. Semuanya bersebab.

Our beloved Permaisuri Agong also wearing tudung, following the syariat. Menjunjung Kasih Tuanku!