CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, September 28, 2013

Sebenarnya, Saya HAMBA DIA!

Ketika hati tak lagi punya rasa,
Ketika hati tak bergetar saat disebut nama-Nya,
Ketika keangkuhan menjajahnya,
Ketika telah lenyap kelembutannya,

Mari segera muhasabah.
Mari segera istighfar.

Kerana terlalu banyak dosalah yang membuat hati ini keras.
Kerana terlalu banyak dosalah yang membuat hati ini tertutup.

Ya Allah,
Lembutkan hati ini.
Bersihkanlah noda dosa yang melingkupi hati ini Ya Tuhan.

Hingga mudah cahaya hidayahMu menembusinya. 


Tuesday, September 24, 2013

Surah Al-Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim.
Entry kali ni specially dedicated untuk Kakak Naqibah :) 



Surah ini juga dipanggil Surah Al-Tauhid. 
Ia merupakan surah ke 112 dan ianya merupakan surah Makkiyah.
Ia diturunkan setelah turunnya surah al-Nas. 
Surah yang mempunyai 4 ayat ini mempunyai beberapa keutamaan menurut buku 'Keajaiban Surah-surah Al-Quran' tulisan Ustaz Syarhan Safie. Barangsiapa yang membaca surah ini sesudah solat, Allah akan mengumpulkan baginya kebaikan di dunia dan di akhirat serta akan mengampunkan dosa-dosanya, dosa kedua-dua orang tuanya dan dosa-dosa anaknya. 

Antara amalan yang melibatkan surah ini ialah sunat dibaca pada apa-apa hari sahaja. Sunat juga dibaca dalam solat fardhu.
Orang yang membaca surah ini bagaikan membaca sepertiga al-Quran. 

Membaca surah ini 11 kali selepas solat Fajar mencegah kita daripada perbuatan dosa. 

Sesiapa yang khuatir dizalimi oleh orang lain kemudian membaca surah ini, Allah akan mencegah kezaliman orang itu. 

Membaca surah ini sebanyak 7 kali tanpa selang seli berbicara sedikitpun, maka apa-apa hajat seorang Mukmin akan dipenuhi dengan kehendak Allah. 

Dari segi penyembuhan pula, dengan bacaan surah ini, orang yang terkena penyakit mata insyaAllah akan sembuh. 

Orang yang bermimpi membaca surah ini akan memperoleh kedudukan yang tinggi di dunia dan mendapat segala yang diingininya di dunia dan akhirat. 



di sisi Ulama', ia surah yang pendek, tapi huraiannya sangat panjang. 
p/s: Jom Mengaji :)