Ya Allah, berikanku kekuatan fizikal dan mental ya Rabbi! Amiin, Doakan saya juga ya! :)
Baru tadi, habis menonton "Aku Masih Dara", entah untuk keberapa kali,
Ada banyak sedutan yang menarik perhatian, yang saya rasa patut dikongsi di sini :)
Strawberry ^_^ |
- "Macam ni caranya nak petik buah strawberry ni, tak boleh kasar-kasar, kene lembut-lembut" ,, hehe, petikan skrip ni bolehlah ditujukan kepada kaum Adam di luar sana. Kalau kalian berminat nak "petik" bunga di taman larangan, minta izin pemiliknya dulu, kurang faham? okay, macam ni, kalau anda nak menyunting seorang gadis, minta izin walinya dahulu, selepas beristikharah :) insyaAllah urusan seterusnya dipermudahkan,, lebih jelas? hewhewhew, ^_^
- "Jaga pokok strawberry ni macam jaga anak kecil, kita kene kasih dan sayang, barulah dapat hasil yang baik"
Analogi di atas boleh jugak dikaitkan dengan menjaga hati dan perasaan, Kalau kita pernah rasa benci atau dendam, cara nak elak perasaan jahat tu ialah kasih dan sayangi orang yang kita dendam tu. It seems to be impossible, but it is really, absolutely possible when you try it. :) - "Macam mana kalau strawberry tu dah busuk, berulat? kita kene buang?" Ibaratkan hati tu sebagai strawberry, walaupun strawbeey tu dah busuk dan berulat, mungkin luarannya sahaja yang begitu, dalamannya masih cantik, elok, molek malah masih manis! Macam hati kita, mungkin pernah dicemari dengan sifat atau dosa dan khilaf lampau, kita masih boleh dan punyai masa untuk bersihkan hati kita! kita buat spring cleaning supaya hati kita bersih selalu. Kalau bilik kita berbau wangi dengan semburan febreeze, biarlah hati kita pula wangi disembur surah-surah al-Quran. Jika lantai bilik kita berkilat dek kerana Ajax Fabuloso, moga-moga diri kita pula licin daripada sebarang dosa dengan kerapnya taubat dari istighfar!
- "Buah yang rosak itu datangnya dari akar yang baik" .Manusia, kita datang dari keturunan yang baik, kita bukan bersifat maksum, jadi kita pernah melakukan dosa dan kesilapan. Fakta ni, memang tak dapat dinafikan. Tapi sifat manusia yang dicipta sebagai sebaik-baik kejadian, patut membuatkan kita insaf dengan kesilapan, malu dengan Allah atas dosa yang dilakukan. Moga kita tergolong dalam orang yang sentiasa menyesali dan bertaubat dari kesilapan lampau, ^_^
setuju tak ^_^ |