CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, November 23, 2011

Ujian Allah

Wahai adikku, walau apa perkara yang menimpa diri kita ini, berSABARlah. Moga, dengan kesabaran yang kita letakkan akan menjadi kebaikan kerana kita menggandingkan ujian tersebut dengan sikap yang mahmudah lagi positif.

Saya faham, ketika ‘ditimpa’ ujian ini, terasa berat bahu yang memikul bebanan masalah tersebut. Lihatlah sekeliling, bandingkan diri kita dengan orang lain yang sesungguhnya, mereka jelas memikul beban ujian yang jauh lebih dahsyat.

Bayangkan kanak-kanak Afghanistan atau Iraq yang sedang menangis, merayu untuk sebuku roti, untuk diberikan kepada adiknya yang masih kecil, yang telah digelar ‘yatim piatu’ setelah jatuhan bom serta peluru berpandu di kawasan mereka.

Bayangkan seorang tua yang mengayuh beca tuanya demi mencari sesuap nasi, untuk mencari pendapatan halal, membiayai bil rawatan anaknya yang menghidap penyakit kronik di samping keluarga tercintanya yang dibelenggu kemiskinan.

Allahuakbar, mampukah kita mendukung ujian itu jika kita ditempat mereka? Tepuk dada, muhasabah diri.

Ujian?? Apa perlunya ujian?
Ujian merupakan ekspresi cinta Allah kepada hambaNya yang TERPILIH SAHAJA. Mengapa? Allah ingin melihat kita lebih berjaya di dunia, lebih matang dan dewasa dalam pemikiran, dan lebih tabah mengharungi badai kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang lebih baik, maka dia akan diberi cubaanNya.” (Hadith Riwayat Bukhari). SubhanAllah! Allahuakbar! Kita sepatutnya husnusdzhon dengan perancangan Allah. Allah ingin melihat kita di syurga, kerana itulah kita diuji. Jika bayaran untuk sebuah rumah kini kira-kira RM 500k, maka bayaran yang ‘dikenakan’ untuk memiliki jannahnya ialah dengan ujian serta amal ibadah kepadaNya.
Astaghfirullah, Ya Rabbi, kami telah tersalah anggapan dengan aturanMu. Ampuni kami..

Yakinlah bahawa dengan adanya ujian, kita akan memperoleh ganjaran hebat~ atau Mega Sale! Makin besar atau makin banyak ujian, makin banyak ganjaran pahala yang dihadiahkan oleh Allah buat hambaNya.
Anas r.a. berkata, Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung kepada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t mencintai sesuatu kaum, maka dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia akan mendapat keredhaan Allah, dan barangsiapa yang murka, maka dia akan mendapat kemurkaan Allah.” (Hadith Riwayat Tarmidzi)

Seterusnya yakinlah bahawa ujian itu salah satu item penghapusan dosa yang pernah kita khilaf. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan serta kerisauan, bahkan dirinya hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adik-adik yang dilimpahi kasih Allah sentiasa, positiflah! Optimislah! bahawa apa yang menimpa kita akan bercambah menjadi satu perkara kebaikan, InsyaAllah. Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a. berkata bahawa Rasulullah bersabda ; “sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Mujahid dan mujahidah semua, percayalah bahawa setiap jalan mempunyai pintu keluarnya. Setiap kesusahan, masalah atau kesulitan pasti disertakan dengan pakej penyelesaiannya. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, (94 : 5-6). Percaya juga kepada diri sendiri, bahawa kita MAMPU menyelesaikan masalah ini. Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan hambaNya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (2 : 286)

Bersemukalah kalian dengan masalah bersama-sama dengan doa serta usaha. Cari cara menyelesaikan masalah. “Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu hendaklah kamu berharap” (94:7-8)
“Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku kabulkan doamu” (40:60)

Apa yang perlu kita buat???
  • ·         senyum, tak perlu kata apa-apa.
  • ·         Allah akan mengurniakan kita sesuatu yang lebih baik.
  • ·         Apa yang Allah sebabkan kita menangis, kerana Allah ingin lihat kita ketawa di akhirat kelak.
  • ·         Allah turunkan ujian kerana sayangkan kita !   :)

Haji di usia muda

Labbaikallah, humma labbaik labbaikala syariikala kalabbaik. Innalhamda, wanni’mata, lakawalmulk, la syariikala.

Allahuakbar, Tuhan yang memberikan kita rezeki di dunia, La Ilahailallah!
Jemaah haji dah pun mula pulang ke tanah air, saat ini, membawa seribu perubahan dalam diri, timbul juga kelegaan hati serta terbit rasa kesyukuran dalam sanubari kerana berjaya melengkapkan Rukun Iman ke-5 (menunaikan Haji).

Bukan semua dipilih untuk menjejakkan kaki ke sana,
bukan semua termasuk dalam senarai tetamu Allah kali ini,
hanya yang tertentu saja.

Haji, satu ibadah yang mempamerkan pelbagai bentuk perlambangan. Pertama, isu sama rata, sama darjat. Maklumlah, ketika menunaikan haji, semua memakai pakaian yang sama, warna yang sama, tempat tidur yang sama, tiada kelebihan buat mana-mana pihak. Segala pangkat duniawi, diketepikan di sini. Semuanya hamba, HAMBA ALLAH!

Haji, lambang  pengorbanan. Bukan mudah untuk menunaikan ibadah yang satu ini. Banyak hal yang perlu diuruskan sebelum serta semasa menunaikan haji. Sebelum pergi, kena menyiapkan wang untuk membayar kos haji. Bukan murah! Selepas itu, menyiapkan kelengkapan untuk ahli keluarga atau tanggungan yang tinggal, misalnya anak-anak. Makan pakai mereka perlu diserahkan kepada orang yang bertanggungjawab mengganti kita menggalas tugas sebagai “penjaga”. Dengan rasa tawakal kepada Allah, terpaksa meninggalkan ahli keluarga serta sanak saudara yang sangat dikasihi, selepas Allah dan Rasulnya.

Rezeki kita masing-masing. Kini, menunaikan haji pada usia yang masih muda bukanlah satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat kita. Alhamdulillah, Allah mengurniakan rezeki serta kekuatan buat mereka yang berpeluang menunaikan haji di usia muda. Dengal fizikal yang masih baik, jasmani yang masih kuat. Golongan ini seharusnya lebih bertenaga, bersemangat dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah yang satu ini.

Mungkin ketika di Raudhah, mereka akan mendoakan jodoh yang terbaik buat diri mereka sendiri. Kalau sebelum ni, kita hanya ‘menumpang doa’ melalui mereka yang menunaikan haji untuk mendoakan diri dan ahli keluarga kita. Tetapi golongan terpilih ini mempunyai satu ‘bonus’, berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa. AllahuAkbar!

Buat yang masih muda, selain menabung buat simpanan perkahwinan dan meminang anak dara orang, jom kita sama-sama simpan duit juga untuk menjadi tetamu Allah pada musim-musim haji yang akan datang! Jom kita jaga kesihatan mulai sekarang! Jom kita melengkapkan diri kita dengan ibadah-ibadah sunat seperti yang dianjurkan!
Moga kita berpeluang melihat Kaabah, kiblat seluruh umat manusia!  InsyaAllah, Amin Ya Rabbi,

Saturday, October 15, 2011

Allah is EVERYTHING

Ada sebuah kisah, 

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil yang berusia 10 tahun. Kanak-kanak itu sedang menunaikan solat dengan khusyu’. Lelaki itu menunggu sehingga kanak-kanak itu selesai solat, kemudian mendekatinya lalu bertanya, “Anak siapa wahai anakku?” Anak kecil itu menggelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudia ia mengangkat kepalanya dan berkata, “Wahai pakcik, saya seorang anak yatim piatu”. Lelaki itu tersentuh sekali hatinya lalu berkata “Mahukan kamu menjadi anak angkatku?”. Anak kecil itu bertanya,

“Apakah jika aku lapar, engkau memberiku makanan?”, lelaki itu menjawab “Ya!”.

Anak itu bertanya lagi,

“Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?” , lelaki itu mengangguk dan menjawab “Ya!”.

Anak kecil itu bertanya lagi,

“Apakah jika aku sakit, maka engkau akan menyembuhkanku?” , lelaki itu menjawab “Wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu”.

Anak kecil itu bertanya,

“Apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati?” , lelaki itu menggelengkan kepala dan menjawab “Aku juga tidak mampu melakukan perkara itu”

Akhirnya anak kecil itu berkata dengan menyelitkan Ayat 78-82 dari Surah Asy-Syu’ara,

“Jika demikian wahai pakcik, serahkanlah aku kepada Tuhan yang telah menciptakan aku, maka DIALAH yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang DIALAH memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, DIALAH yang menyembuhkanku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.

Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata, “Aku beriman kepada ALLAH. Barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberikan kecukupan kepadanya.


~moral: Sedangkan anak kecil pun begitu TAWAKAL dengan perjalanan hidupnya, apatah lagi kita sebagai insan yang dewasa lagi matang dalam pemikiran, renungkan & bertawakallah~



Thursday, October 13, 2011

The Beginning

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, jadikanlah ini sebagai satu medium untuk dakwahku
Peliharalah niatku, 
Berilah keberkatanmu,
Bantulah diriku, 
Bimbinglah diriku
Amiin Ya Rabbi



~semoga perjuanganku menjadi bekalan buatku di akhirat sana~