CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, April 19, 2012

Sanah helwah, wan!

20 April. Tarikh ni, selalu dalam ingatan, 
why? tarikh ni, my beloved arwah nenek dilahirkan, she was awesome and loving grandmother. trust me. She was my second mother. Why? Here, the story begins. 
When my mother and father married in 1991, they were transferred to Sarikei, Sarawak, teaching at a rural area school there. My mother pregnant and I was born there too in 1992. 
Since there were lack of facilities there, my mother sent me back to stay with my grandpa, grandma, and my aunt. Hati ibu mana yang mahu berpisah dengan anak sendiri. Dengan berat hati, tiket kapal terbang Kuching-Subang dibeli, dengan harapan anak sulungnya dibesarkan dengan keperluan yang cukup. 


Duduk dengan atuk, dengan wan, memang manja, Dari usia sembilan bulan, hingga usia 7 tahun. Lama kan? Membesar dengan mereka. Such a wonderful and unforgettable moments. Of course, lebih manja.
Kalau bayi seusia lain makan bubur nasi sebagai makanan utama mereka semasa kecil, saya tidak! Mengapa? saya makan ini, hari-hari. Atuk belikan setiap hari.

Tak percaya? Mahu atau tidak mahu, saya tetap suruh anda percaya. Serius. Atuk beratur di KFC setiap hari, untuk beli Large whipped potato. Sampai di rumah, whipped potato itu diasingkan kedalam dua bekas. Satu bekas untuk makan siang, dan satu lagi untuk makan malam.
Ada yang tanya, kenapa tak masak bubur je? kan lagi senang, lagi murah.
Jawapannya, atuk dan wan masih bekerja. Atuk sebagai guru besar, wan pula guru penolong kanan. Ucu masih kecil dan bersekolah. Pasangan berkerjaya, kita semua faham macam mana hidup mereka kan?

Sampai hari ini, bila nak makan KFC sorang-sorang, tak pernah saya order whipped potato. Terasa macam saya tak boleh makan bila mereka tiada. Terasa pelik. (*air mata bergenang*)

Apa yang wan suka eh? wan suka shopping. Terutama handbag. Sebab tu saya pun suka beli handbag. hewhewhew.  Wan suka masak, tanam pokok, tengok bola!! Wan sanggup set jam loceng semata-mata nak tengok piala dunia dengan atuk. Sweet sangat.
Wan suka makan makanan manis. Wan pernah ajar emy ngan sofia makan tebu dengan garam. Wan ajar emy macam mana nak jemur asam keping.Thank you wan!! :)
Buat wan, emy tak pernah hadiahkan wan hadiah hari jadi. Nanti emy sedekahkan wan yaasin ye wan. Moga wan tenang di alam barzakh sana.
buat atuk juga, linangan air mata, doa dan bacaan surah emy titipkan buat kalian selalu.
Ya Allah, sekiranya mereka sedang diazab, kurangkanlah azab mereka ya Rabbi, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku kecil. Amiin.

p.s: kalau ada mesin kembalikan masa, I'm gonna be the first yang akan beratur untuk beli. Ikatan kekeluargaan, ikatan persahabatan itu indah, tidak boleh dijual beli, maka, hargailah!

#masih belum berhenti menangis.

Tuesday, April 17, 2012

Surat untuk dia.

Buatmu ukhti,, moga satu hari nanti, impianmu tercapai. impianku juga, dengan izinNya. Amin.


Moga impian kamu dan diriku ikhlas kerana Allah. Moga jalan dipermudahkan Ilahi, moga hati diteguhkan selalu, moga ibadah jauh daripada bongkak dan riak. Moga ukhuwwah 15 tahun terjalin sampai syurga, moga berjiran denganmu di Jannah, ukhti . Moga kita saling menghulurkan tangan saat diri jauh tersasar dari landasan yang sepatutnya, Amiin. 

Monday, April 9, 2012

Life is beautiful, isn't it?


Stop talking, stop convincing others that your life is not perfect!
Jom jadi makhluk bersyukur!

Minggu yang pendek dan sibuk!
Selesai assignments, yang lain datang minta perhatian. Encik Tutorial, Puan ISL, Cik UAK, bersabarlah wahai hati, bertahanlah wahai minda :')

Minggu ini, sekali lagi rasa jantung berdebar-debar, hati tak tenteram. Jatuh cinta? Ya Allah, simpankan cinta ini hanya untukMu, Rasulullah, dan bakal hubby ku :)

Ya Illahi,
Jadikanlah aku jatuh cinta pada insan yang sepatutnya, insan yang mampu memimpin tanganku untuk ke jalanMu,
Jadikanlah aku jatuh cinta dengan akhlak dan kecintaannya kepadaMu,
Jadikanlah aku mencintainya keranaMu,
Jadikanlah aku redha dengan ketentuanMu,
jadikanlah aku bersyukur dengan tulang rusukku yang tertulis lama di Luh Mahfuz,
Jadikanlah aku jatuh cinta dengan hati yang ikhlas, keranaMu.

Ya Allah, ampuni aku jika terlalu banyak permintaanku, Hanya kepadaMu aku berserah, aku memohon :)

# ini bukan ayat copy paste. hehe :)


terjumpa pula gambar di bawah ni, mungkin entry seterusnya berkaitan gambar ini, aduhai idea, aduhai ilham, sila datang kepada saya segera :)

Saturday, April 7, 2012

Don't judge me by my past, I don't live there anymore!


Bismillahirrahmanirrahim, 
rupanya, mengambil masa juga untuk menulis entry baru kali ini.
dengan kesibukan dunia yang hampir melalaikan diri dengan kehidupan hakiki di akhirat, mujur ada yang masih mengingatkan. Thank you mama, ayah & hani! 

Ukhuwah itu, bukan didasari oleh tempat kelahiran, misalnya, kita tak boleh berkawan dengan orang yang dari negeri A, sebab kita ni duduk di negeri B. The only word that can describe person who thinks like this is "KOLOT". Tak perlu assabiyyah sangat. Kita perlu jalin ukhuwwah dengan semua orang. Setiap muslim adalah bersaudara, kan? 

Ukhuwah itu, bukan didasari oleh peringkat umur, misalnya, junior tak boleh kawan dengan senior. Siapa kata?
aduhai, mentaliti masyarakat Melayu sekarang, masih di takuk lama, jom kita jalankan transformasi hati, transformasi diri, transformasi minda!

contoh lain, siapa fikir golongan muda tak boleh duduk semeja dengan golongan emas? selalu ada dalam fikiran orang muda (pengalaman sendiri & kawan2) "kenapa orang A ni selalu sangat tegur orang tua? bukannya dia kenal pun orang tua tu. Tiba2 bagi salam, borak2 & tolong bawak barang"
explaination: 
ini jawapan dari orang A itu sendiri:-
kenapa tegur orang tua? : orang tua itu pun manusia juga, tak salah kita bagi salam & tegur mereka kan?
kenapa borak dengan mereka? : aduhai, cuba kita jawab soalan itu dengan bertanya kepada diri kita sendiri (senang kata, cermin diri la), kita suka tak kalau orang ambil berat atau beri perhatian kepada kita? suka kan? macam tu jugak la dengan warga emas ni. pada usia-usia macam ini la mereka gemar perhatian daripada golongan lebih muda, terasa diri mereka lebih dihargai. ingatlah sahabat, kita pun akan jadi tua satu hari nanti, jika panjang umur.
Tak sedih ke, di saat orang lain golongan remaja tidak ambil endah tentang kita?
kenapa tolong bawa barang mereka? : alahai, nama pun orang tua, berapa sangatlah kudrat dan tenaga yang mereka ada, lebih baik kita simpankan tenaga mereka itu untuk mereka beribadah, kita juga yang dapat sahamnya, kita juga yang dapat manfaatnya kan? InsyaAllah, jika hati IKHLAS :)

Ukhuwah itu bukan didasari dengan kecantikan fizikal, orang cantik tak boleh berkawan dengan orang kurang cantik. vice versa.
perkataan yang boleh describe spesies macam ni ialah : PERASAN! 
kalau anda cantik, ingatlah ada yang jauh lebih cantik. kalau muka cantik, perangai langsung tak elok, buat ape? *USELESS*
kalau anda kurang cantik, ingatlah bahawa lebih baik menjadi orang kurang cantik pada rupa, tapi cantik budi bahasanya. ^_^



Ukhuwah itu, bukan kerana harta benda! 
harta, mana datang harta? harta tu datangnya dari Allah, harta itu rezeki manusia tetapi rahsia Allah. tak siapa tahu apa rezeki kita hari ini dan hari esok. Kenapa? senang je, sebab Allah itu Maha Mengetahui. :)
Kalau ada orang A datang berkawan dengan anda sebab anda ada kereta, duit berkepuk-kepuk, tanah ladang sana sini, rumah sewa bersepah, pesanan penaja dari saya, berdoalah agar Allah beri sahabat sejati buat anda, kerana orang A itu tersangatlah MATERIALISTK. 
kadang-kadang, berlaku juga hal di mana seorang kawan B tak dapat menerima dengan ikhlas rakannya, si D yang agak bertuah dari aspek rezeki, melihatkan rakan D yang punya beg berjenama, baju yang cantik dan banyak, selalu naik kapal terbang, hal ini jadi isu dan menyebabkan mereka tidak rapat lagi. hal ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita. pesanan saya buat orang yang macam individu B ini, bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Jangan mudah cemburu dengan harta duniawi. tapi cemburulah jika rakan anda itu lebih banyak amalnya berbanding anda.
"Satu-satunya cara kita memperolehi kasih sayang ialah JANGAN menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 
- Rabiatul Adawiyah

betulkan ayat di atas? serius. trust the words.

p.s: saya sayang mereka, lillah. :)
jom berkasih sayang kerana Allah!