CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, January 4, 2013

REZEKI part two


Terdapat macam-macam punca sebenarnya rezeki itu ditahan…
Antaranya…


 

Ini antara petikan yang diambil dari Facebook Ustaz Don.. 
Di bawah ini pula amalan yang bakal kita laksanakan untuk tambah rezeki kan? ^^,


 
Terdapat macam-macam punca sebenarnya rezeki itu ditahan…
Antaranya… Ayuh sahabat, jangan sesekali mengatakan Allah tidak adil.. Dialah Yang Maha Adil.. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah tersiratnya. Sesungguhnya Dia la sebaik-baik perancang :)









REZEKI part one


Bismillah..
REZEKI.. mengungkapnya mudah.. mencarinya payah..
Enteng untuk kita cakap “Rezeki di tangan Allah”, namun jika usahanya zero, mana datang hasilnya kan?
REZEKI, ada macam-macam jenis bagi saya. 



REZEKI anak soleh solehah.. tak ramai yang memilikinya.. Pemiliknya juga punya amanah dan tanggungjawab yang besar.. Siapa tak mahu anak soleh yang bakal mendoakan kita kelak? Siapa tak mahu anak soleh yang mampu menyelamatkan kita dari azabnya?

REZEKI harta benda.. Ini mungkin kepunyaan ramai, maksud saya, ramai yang mempunyai rezeki yang murah dari segi kewangan dan material. Misalnya, tabungan yang banyak dan mencukupi. Mampu memiliki rumah mewah, pakaian berjenama lagi mahal, makanan yang sedap-sedap, kereta bersusun dan melancong bila-bila masa sahaja kan? Ramai juga yang mengimpikannya, mengidamkannya, menantikannya. Bagi saya, REZEKI harta benda ini satu cubaan. Ya, Allah tu sebenarnya saja ingin melihat bagaimana kita menguruskan wang yang banyak , duit berkepuk-kepuk tu.. Ada tak dibayar zakatnya, ada tak dikongsi bersama fakir, miskin, anak yatim dan yang memerlukan, ada tak duit itu diguna untuk kebaikan..
Macam mana disebutkan dengan “duit digunakan untuk kebaikan” tu? Beli kereta, kereta dibawa ke masjid atau surau atau program ilmiah dan islamik.. kebaikan tu namanya. Tiada kereta tapi punya motor, isi minyak untuk ke Usrah, kebaikan tu namanya. Beli makanan lalu diberi kepada yang kelaparan, kebaikan tu namanya. Pakaian yang tak dipakai lagi namun masih elok tetapi didermakan, kebaikan tu namanya, Nah… mudahkan, berbuat kebaikan?

REZEKI minda yang cerdas, hati yang terang. Ini lebih baik daripada punyai harta yang banyak… Mudahnya memahami Islam dan keindahannya. Mudahnya menghafal surah-surah dan ayat-ayat al-Quran, mudahnya memikirkan kebesaran Allah… AllahuAkbar!

REZEKI iman yang kuat, kadangkala iman kita turun naik. Jom sama-sama doa biar iman kita dikuatkan selalu, diupgrade selalu, ditop-up selalu..

REZEKI punya ibu dan bapa serta ahli keluarga.. Ini satu hal lagi.. Ramai yang tidak bersyukur masih mempunyai ibu bapa dan keluarga lagi.. bayangkan jika salah seorang itu pergi meninggalkan kita. Ramai yang melawan kata, biadap, kasar dan tidak menghormati mereka. malah tidak taat kepada mereka. naudzubillah. ingatlah, mereka hanya pinjaman buat kita dari Allah. sampai masa, mereka menutup mata. kita juga. ingatlah. 

REZEKI punya umur yang panjang. Usia panjang, jika diisi dengan perkara sia-sia tidak mendatangkan kebaikan. lebih baik usia yang pendek tetapi diisi dengan kebaikan. Seringkali saya baca dalam doa tiap hari, "Ya Allah panjangkanlah umurku, kedua ibu bapaku dan ahli keluarga ku serta sahabatku untuk terus mentaatiMu.

REZEKI pasangan yang soleh / solehah.. mula berdoa dari sekarang juga. Allah itu Maha Mendengar. Siapa yang akan menolak pasangan soleh / solehah. Ia mampu membimbing kita, berpimpin tangan menuju jannahnya. Namun, jika tidak dikurniakan seperti yang kita impikan, redha kan hati, ingatlah ianya ujian tanda sayang dari Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.. 

REZEKI dalam beribadah... maksud saya berkemampuan..lebih tepat lagi menunaikan haji dan umrah.. tak ramai yang dijemput menjadi tetamu Allah... walaupun saya sendiri belum berpeluang untuk kesana, saya sedang bercita-cita, berniat dan bersiap sedia. insyaAllah.. Moga diizinkan Allah. 



Akhirnya, REZEKI itu hak Allah...