CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, July 31, 2012

Untuk Awak!


5 tahun sudah. Tanpa sedar. Sekejap rasanya.

Terima kasih awak, sebab awak cabar saya dalam kelas dulu.
Terima kasih awak, sebab hormat mama & ayah saya, dari dulu sampai sekarang.
Terima kasih awak, visit saya lewat mimpi.
Terima kasih awak, dengan ingatkan awak, saya jadi bersemangat untuk optimis dan lebih maju.
Terima kasih awak, dengan ingatkan awak, saya mampu tersenyum tiap kali teringat awak.
Terima kasih awak, dengan panggilan yang sangat memberi motivasi dahulu,
Terima kasih awak, sebab kita saling jaga hati dan perasaan masing-masing,
Terima kasih awak, awak buat saya sedar erti hidayah Allah,
Terima kasih awak, atas kesederhanaan yang awak tunjukkan,
Terima kasih awak, senyuman awak buat saya yakin,
Terima kasih awak, kehadiran awak buat saya bersemangat!
Terima kasih awak, awak biar saya kenal awak.
Terima kasih awak, awak benarkan saya hadir dalam hidup awak.
Terima kasih awak, sebab awak masih dan selalu ada dalam hidup saya.

9 Ogos nanti, insyaAllah.. 

Selamat hari lahir, awak.
Moga Allah beri yang terbaik untuk kita, insyaAllah.
Selamat hari lahir awak,
Moga awak terus berada di landasan iman menuju Jannah Allah,
Selamat hari lahir awak,
Moga kuliah awak & urusan menuntut ilmu awak sentiasa dipermudahkan
Selamat hari lahir awak,
Moga awak & saya capai cita-cita yang kita idam dulu.
Selamat hari lahir awak,
Moga saya dan awak berukhuwwah hingga syurga
Selamat hari lahir awak,
Moga iman bertambah, amal bercambah,
Selamat hari lahir awak,
Moga Allah buka pintu rezeki & pintu rahmat luas-luas buat awak dan keluarga
Selamat hari lahir awak, semoga kita terus saling mendoakan sampai bila-bila

Yes, we are different, but we may be bestfriends.


siapa kata susah bila berkawan dengan insan yang berbeza agama?
mereka menjaga hati saya, bila mahu bertanya,
mereka susun patah perkataan dan butir bicara mereka bila berkata,
mereka hormati apa yang saya percaya,
Cuma kita yang selalu prejudis dengan pegangan agama mereka.

Ya, saya akui saya juga prejudis sebelum ini. Tapi itu hanya berlaku semasa zaman sekolah saya. kenapa? saya tak pernah berkawan rapat dengan non-muslims. hanya kenal biasa sahaja. tapi bila berkawan, bekerja, belajar dengan mereka, persepsi saya berubah. Seriously, totally changed!

p.s: ini bukan iklan untuk promote perpaduan! hehe :) 

Belajar dari mereka, walaupun mereka kekurangan ‘sesuatu’..


Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. BIG (Bina Insan Guru) Fasa 2 untuk semester ini selesai. Keringat, fikiran, usaha, masa, wang ringgit dan segala-galanya dalam masa 3 minggu ini sangat berbaloi. BIG kali ini merupakan program khidmat masyarakat yang perlu kami laksanakan. Setelah survey serta perbincangan dengan ahli kelas, kami sepakat untuk berBIG di Rumah Anak Yatim Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah di Jejawi Dalam, Perlis.

Lupakan tentang usaha atau prosedur kami BIG. What I want to say and share here is, what I learned from them. Yes, they’re orphans; some of them don’t have mother, father or maybe both. Kesemua 66 orang penghuni rumah anak yatim itu sangat ceria, cuba menghadiahkan kami senyuman, menyembunyikan kekosongan dalam hati.

Apa yang saya mampu buat sepanjang bersama mereka hanyalah menyantuni mereka, mengelakkan daripada menyakiti anak yatim selain menghulurkan tangan bukan sebagai fasilitator, tetapi sebagai seorang kakak, dalam sebuah keluarga. Mengapa? Jelas dalam mata mereka, yang mereka memerlukan seseorang untuk bercerita tentang apa mereka suka, apa mereka buat, apa mereka rasa, selain daripada mereka perlukan seseorang yang memberikan attention and love kepada mereka.
Dalam hati, terbit rasa syukur, kerana Allah masih meminjamkan kedua orang tua, iaitu mama dan ayah untuk ditaati, dihormati, dikasihi dan disayangi.

Walaupun baru pulang ke rumah pada minggu lepas, tapi sebak tetap datang, bila rindukan mama ayah siang tadi. Allahurabbi, jaga mereka. Engkaulah sebaik-baik Penjaga.

namun bila dilempar batu besar, barulah mendongak ke atas.


halaman 135, Melukis Pelangi.
“Allah tak bosan-bosan mengajakku untuk mendekatinya, Allah tak bosan menunjukkan kepadaku untuk menuju ke arah-Nya. Allah berkali-kali memanggilku, tapi aku tak juga menggubrisnya. Terkadang manusia seperti itu. Dilempari bebatuan kecil tak juga merespons, namun begitu dilempar batu besar, barulah mendongak ke atas.
Betapa banya salah dan kelalaian yang telah kuperbuat, namun Allah tetap menganugerahkan kebaikan-Nya kepadaku. Dia beri kesedihan, kerana Dia ingin aku mengadu dan mendekati-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w, “ Apabila seorang mukmin tertimpa musibah berupa penyakit, keletihan, mual, kesedihan serta kesusahan, Allah akan melebur dosa perbuatan jeleknya dengan musibah tersebut” (HR Muslim)
Allah sendiri menjanjikan bahawa Dia tidak akan memberi ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Allah menjanjikan pula setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Allah sentiasa menggilir keadaan setiap hamba-hambaNya sebagaimana Allah menggilirkan siang dan malam. Allah juga menggilir yang sihat dengan yang sakit. “Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) – Al-Imran:140” 

Sahabat kita :))


Now playing ketika ini ialah lagu Najwa Latif ft Sleeq, Sahabat. Allah lah best friend setiap yang bergelar muslim.
Kau ada di kala ku suka, di kala ku duka,
Setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada di kala ku perlu, setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh..

Kaulah yang selalu, selalu menemaniku,
mendengar kisah pahit manis hidupku,
kaulah yang disitu, setia menungguku,
kaulah yang satu, menjadi sahabatku…

Kau ada di kala ku jatuh,di setiap bangunku,
terus menemaniku tanpa rasa jemu,
kau ada di setiap tawa, di kala bahagia,
kau menjadi sahabatku selamanya…

*verse yang paling benting untuk DIA, Yang Maha Besar,
“ku tahu ku kan selalu ada, ada diriMu, dan kuharap kau juga rasa begitu”
p.s: senang hati sebab mama ayah bagi balik Nuzul Quran nanti :)

Alhamdulillah :)


Bismillahirrahmanirrahim…
6 Ramadhan, selepas Asar, saya berjaya menghabiskan sebuah buku yang penuh motivasi buat diri saya (insyaAllah) untuk menjadi muslimah yang diredhai-Nya,  Biiznillah.
catatan Oki Setiana Dewi dalam “Melukis Pelangi” sememangnya mudah melukis senyuman di bibir, mahupun menitiskan air mata, dengan kisah ketabahan muslimah yang satu ini.
Siapa sangka, bermula dengan menjadi penontin Ketika Cinta Bertasbih, diikuti dengan menyertai talkshow bersama beliau, menjadikan diri kerdil ini sangat menginspirasikan Oki dalam ibadah dan rutin harian.
Moga Allah menitipkan langkah dan orang-orang Soleh Solehah untuk membantu setiap yang ingin berhijrah, Amiin.. 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem!


Bismillahirrahmanirrahim..
Saat entry ini di ‘post’, agak lambat, berikutan masalah teknikal *wifi takde ^,^
Allah beri kesempatan untuk berpuasa untuk hari pertama tahun ini bersama keluarga tersayang! Alhamdulillah, bermula dengan perancangan balik rumah, Allah tahu niat hamba-Nya ini untuk pulang ke rumah, beribadah dengan keluarga. Allah permudahkan, Alhamdulillah, tinggal satu tiket untuk balik ke kampung hari itu! Terima kasih Allah! Disambung pula dengan ketakutan kerana duduk di sebelah lelaki yang entah siapa di dalam bas. Sungguh, hanya tawakkal dan nama Allah yang terus diseru, memohon perlindungan dari Yang Maha Berkuasa. Dengan kuasa Allah, lelaki tersebut yang selayaknya saya panggil ‘pakcik’ itu seorang yang sangat peramah.

“Anak ni, pelajar sekolah agama?”, soal pakcik. Dalam kehairanan, kebingungan, tambah lagi dengan mamai kerana baru bangun tidur selepas al-Mathurat dan Yaasin dibaca. Dalam hati, terdetik, “kenapa dia fikir aku budak sekolah agama?”, lalu dengan senyuman yang entah dia Nampak, entah tidak.. dalam hati, pakcik, biarpun saya bukan student sekolah agama, itu tak halang saya daripada mengamalkan agama J

p.s: lagi beberapa jam untuk solat jamaah dengan keluarga tersayang! Rindunya!

Saturday, July 7, 2012

Ujian Allah,, DIA sayang KITA


Wahai adikku, walau apa perkara yang menimpa diri kita ini, berSABARlah. Moga, dengan kesabaran yang kita letakkan akan menjadi kebaikan kerana kita menggandingkan ujian tersebut dengan sikap yang mahmudah lagi positif.

Saya faham, ketika ‘ditimpa’ ujian ini, terasa berat bahu yang memikul bebanan masalah tersebut. Lihatlah sekeliling, bandingkan diri kita dengan orang lain yang sesungguhnya, mereka jelas memikul beban ujian yang jauh lebih dahsyat.

Bayangkan kanak-kanak Afghanistan atau Iraq yang sedang menangis, merayu untuk sebuku roti, untuk diberikan kepada adiknya yang masih kecil, yang telah digelar ‘yatim piatu’ setelah jatuhan bom serta peluru berpandu di kawasan mereka.

Bayangkan seorang tua yang mengayuh beca tuanya demi mencari sesuap nasi, untuk mencari pendapatan halal, membiayai bil rawatan anaknya yang menghidap penyakit kronik di samping keluarga tercintanya yang dibelenggu kemiskinan.

Allahuakbar, mampukah kita mendukung ujian itu jika kita ditempat mereka? Tepuk dada, muhasabah diri.

Ujian?? Apa perlunya ujian?
Ujian merupakan ekspresi cinta Allah kepada hambaNya yang TERPILIH SAHAJA. Mengapa? Allah ingin melihat kita lebih berjaya di dunia, lebih matang dan dewasa dalam pemikiran, dan lebih tabah mengharungi badai kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang lebih baik, maka dia akan diberi cubaanNya.” (Hadith Riwayat Bukhari). SubhanAllah! Allahuakbar! Kita sepatutnya husnusdzhon dengan perancangan Allah. Allah ingin melihat kita di syurga, kerana itulah kita diuji. Jika bayaran untuk sebuah rumah kini kira-kira RM 500k, maka bayaran yang ‘dikenakan’ untuk memiliki jannahnya ialah dengan ujian serta amal ibadah kepadaNya.
Astaghfirullah, Ya Rabbi, kami telah tersalah anggapan dengan aturanMu. Ampuni kami..

Yakinlah bahawa dengan adanya ujian, kita akan memperoleh ganjaran hebat~ atau Mega Sale! Makin besar atau makin banyak ujian, makin banyak ganjaran pahala yang dihadiahkan oleh Allah buat hambaNya.
Anas r.a. berkata, Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung kepada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t mencintai sesuatu kaum, maka dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia akan mendapat keredhaan Allah, dan barangsiapa yang murka, maka dia akan mendapat kemurkaan Allah.” (Hadith Riwayat Tarmidzi)

Seterusnya yakinlah bahawa ujian itu salah satu item penghapusan dosa yang pernah kita khilaf. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan serta kerisauan, bahkan dirinya hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adik-adik yang dilimpahi kasih Allah sentiasa, positiflah! Optimislah! bahawa apa yang menimpa kita akan bercambah menjadi satu perkara kebaikan, InsyaAllah. Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a. berkata bahawa Rasulullah bersabda ; “sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Mujahid dan mujahidah semua, percayalah bahawa setiap jalan mempunyai pintu keluarnya. Setiap kesusahan, masalah atau kesulitan pasti disertakan dengan pakej penyelesaiannya. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, (94 : 5-6). Percaya juga kepada diri sendiri, bahawa kita MAMPU menyelesaikan masalah ini. Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan hambaNya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (2 : 286)

Bersemukalah kalian dengan masalah bersama-sama dengan doa serta usaha. Cari cara menyelesaikan masalah. “Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu hendaklah kamu berharap” (94:7-8)
“Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku kabulkan doamu” (40:60)

Apa yang perlu kita buat???
·         senyum, tak perlu kata apa-apa.
·         Allah akan mengurniakan kita sesuatu yang lebih baik.
·         Apa yang Allah sebabkan kita menangis, kerana Allah ingin lihat kita ketawa di akhirat kelak.
·         Allah turunkan ujian kerana sayangkan kita !

Tuhan, baru ku sedari, betapa nikmat sehari itu!!


Usai menonton klip video yang menjadi favourite sekarang. Lagu apa? “Muhasabah Cinta” nyanyian Edcoustic yang sememangnya menyentuh hati. Ya, sangat menyentuh hati. Videonya sangat simple. Shooting di Bukit Bintang, pinggir highway, sebuah musolla, dan juga Stesen Komuter. Tapi bait-bait liriknya yang membuat diri hina ini berfikir tiap kali mendengar dendangannya.

nah,,, ini link video itu! 

Itulah yang sepatutnya menjadi penghibur hati, halwa telinga, selain zikir, surah recitation dan juga ceramah. Bukan sok solehah (buat-buat baik), tapi, bila lagi nak mulakan amalan baik kalau bukan sekarang? Usah sedapkan hati dengan ungkapan ini “Tak ape, dengar aje, bukan lagha pun”.. Ya, memang tak lagha, tapi kalau dengar media yang mampu beri kita bekalan pahala untuk alam sana lebih baik kan? Kita benar-benar NO IDEA tentang kondisi kita di sana. Dapatkah kita syafaat baginda? Dapatkah kita menjejak syurganya? Dapatkah kita melalui siratulmustaqimnya dengan mudah? Allahu Akbar, banyak yang perlu dimuhasabah, difikirkan, ditaubatkan, dan dipertingkatkan amalnya.

Punyai kawan yang menghidap penyakit buat diri berfikir, alangkah beruntungnya mereka yang mengetahui bila mereka akan meninggalkan dunia fana. Kita pula? Tak tahu bila, hanya Allah Yang Maha Mengetahui qada’ dan qadar. Dan semestinya, bila pun kita memejam mata, itulah yang terbaik buat kita. Jika kita pergi awal, mungkin lebih baik, kerana semakin lama kita menghembuskan nafas, bimbang jika kita melakukan dosa maksiat. Nauzubillah.

Pernah suatu petang saya bertanya kepada 2 orang kanak-kanak di rumah anak yatim. “Adik dah berapa lama tinggal kat sini?” , soal saya dengan susunan ayat yang sangat hati-hati. Bimbang mengguris hatinya. Berdosa menyakiti anak yatim. Jawab adik-adik itu, “Kami adik beradik mula duduk kat sini sejak tahun lepas”, sambil menghadiahkan saya pandangan yang redup dan senyuman yang saya tak tahu apa maknanya. Ya Allah, berilah ketabahan buat anak-anak ini, sesungguhnya aku percaya akan dikaulah sebaik-baik penjaga. Nabi Muhammad pun anak yatim juga, tetapi Allah menjaganya.

Bagaimana jika kita pergi esok? Bayangkan jika kita sudah di dalam liang lahad, dibungkus dengan lapisan kain kafan.. Mungkinkah kita akan berkata “Ya Allah, berilah aku sehari untuk bertaubat kepadaMu”? Nauzubillah. Moga kita hidup dalam keadaan beriman, dan mati juga dalam keadaan beriman. Amin..

Sehari. 24 jam. 1440 minit. 86 400 saat. Apa yang kita buat dalam masa ini? Solat, kuliah & tutorial, homework, bersih diri, dalam kereta, makan, mengumpat, online, dan lain-lain rutin. Betul kan?

Jom muhasabah balik daily routine & leisure time kita J

note : sedang menikmati 12 jam terakhir bersama wajah-wajah yang beri kita pahala bila melihat mereka :) sayang mama ayah & siblings!

Melukis Pelangi #1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Pernahkah anda bermimpi? Pernahkah anda berkeinginan? Pernahkan anda merasa mahu itu dan mahu ini? Misalnya, pernahkah anda terdetik di hati “Oh, alangkah indah kalau rumah aku sebesar itu!” atau… “Allahu, aku ingin jadi bijak seperti dia.” Inilah namanya mimpi, inilah namanya keinginan.  Saya petik petikan ini dari buku “Melukis Pelangi”


“Aku selalu sedar, tidak setiap mimpi dan keinginan kita bisa terwujud. Tapi, tak boleh ada kata gagal karena sebenarnya kegagalan hanyalah keberhasilan yang tertunda. Bisa saja pada waktu yang lebih tepat, mimpi kita terwujud dengan mudah. Kegagalan yang tertunda itulah yang membuatku banyak belajar dan menjadi batu loncatan untuk mendapatkan keberhasilan di tempat lain.  Aku berusaha untuk tidak menjadi orang yang pasrah, karena pasrah berarti menyerah pada keadaan dan tidak mau untuk bangkit. Pasrah hanya berlaku bagi orang-orang yang kalah dan malas mengubah keadaan. Aku mencoba berlapang dada ketika mengalami kegagalan yang terkadang membuatku kecewa. Dengan lapang dada, berarti aku membuka hati seluas-luasnya untuk menerima dengan ikhlas apa pun yang ku peroleh. Berusaha sekeras-kerasnya, tapi juga siap dengan segala kemungkinan yang terjadi.”


“Aku tidak ingin berhenti mengejar mimpi-mimpi”.
Dalam buku ini juga, OSD menyatakan bahawa dia menulis setiap mimpi yang dialaminya. Mengapa? Hanya dia dan Dia yang tahu.
OSD juga menulis setiap impian dan cita-citanya sejak kecil. Senarai ini umpama “checklist” dalam kehidupan beliau.
Kita pula bagaimana? Sudah bermimpi atau hanya angan-angan mat jenin? Yuk kita realisasikan mimpi kita!

note : mahu lukis pelangi untuk diri sendiri & orang lain. insyaAllah :)

Roda itu berputar - Kadang di atas, kadang di bawah.


Bismillahirrahmanirrahim…

Teringat usai usrah yang diadakan petang tadi. Kata kak naqibah, “Sesungguhnya setiap amalan itu perlukan niat. Bayangkan jika kita melakukan ibadah, tetapi kita tidak Basmalah terlebih dahulu? Allahu.. ruginya diri.”

Entry kali ini tentang Oki Setiana Dewi (OSD). InsyaAllah. Saya sedang berusaha menghabiskan dua buah buku nukilan OSD. Yang satu bertajuk “Melukis Pelangi”, dan yang satu lagi bertajuk “Sejuta Pelangi”. Saya masih membaca buku pertama. Mengambil masa lapang untuk membaca. Kekadang selepas asar. Kenapa? Saya dengar selepas Asar kita perlu elakkan belajar. Kerana satu ilmu masuk ke otak, 10 ilmu yang lainnya akan keluar. Nauzubillah. Moga ilmu yang saya belajar kekal sampai bila-bila. InsyaAllah. Kembali ke tajuk asal. Buku ini saya beli semasa menghadiri sebuah talkshow. bersama sahabat tersayang, sekitar Kuala Lumpur, dihantar dan dijemput oleh ayah. Alhamdulillah. Ahli panel jemputannya ialah Wardina Safiyyah Fadhlullah dan Oki Setiana Dewi. Program yang diberi nama “A Moment To Remember” ini sememangnya memberi banyak moments yang akan saya remember sampai bila-bila, dan akan saya sampaikan kepada anak cucu dan orang ramai. Biiznillah.  (*Saya akan tulis corat coret sekitar program ini dalam entry yang lain. InsyaAllah)



Sejujurnya, banyak teladan, nasihat dan kata-kata yang begitu memotivasikan diri. Entry ini bukanlah “book review” tentang buku tersebut, tetapi saya akan kongsikan coretan yang menarik hati dan dekat dengan jiwa saya, insyaAllah. Moga entry akan datang ini bermanfaat, insyaAllah, bersandarkan dengan kata-katan “Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak memberikan manfaat kepada insan lain”.

note : mama bagitahu semalam, OSD dah launch satu lagi buku baru.. moga Allah beri kesempatan untuk membaca bukunya yang ketiga itu! Biiznillah.