Aduhai sahabat,
PENAT sudah. macam-macam pertelingkahan dah berlaku antara kita. Hal yang kecil dibesarkan.. Yang besar lagi lah.
Duhai sahabat,
Tak perlu menipu,. jika kita sahabat, beritahu hakikat sebenar.
Tak perlu mengutuk jika ta suka, hadiahkan nasihat. Dapat anugerah pahala, kan? InsyaAllah, selagi hati ikhlas.
Tak perlu memulaukanku, jika tak selesa, Lebih baik kita bertemu mata ke mata, hati ke hati. Lebih mudah, lebih berkesan kan? InsyaAllah.
Duhai sahabat, mengertikah kamu?
Setiap masa aku mendoakan dirimu, selepas diriku, ibu bapaku, ahli keluargaku dan guru-guruku.
Duhai sahabat, tahukah kamu?
Aku sedaya upaya menerima diri kamu seadanya, tika saat kamu mencari setiap kesalahan kecil atau besar yang tersangkut pada diriku.
Duhai sahabat, terfikirkah kamu?
Aku mahu lihat hati kamu dan aku, bersatu kerana ukhuwwah dari Illahi, kerana Illahi.
Duhai sahabat, sedarkah kamu?
Aku cuba menjadi diriku sendiri di saat kamu mahukan aku menjadi orang lain, seperti yang kamu inginkan.
Duhai sahabat, hentikanlah kelelahan hati dan mindaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment