CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, January 14, 2012

Bukan sekadar kotak. (siri 1)

D.A.N.B.O.
adakah anda kenal DANBO? oh,, makhluk yang sangat bersegi tetapi comel.
Disebalik kecomelannya dalam fotografi yang dirancang terselit makna yang perlu kita fikirkan dengan penuh ketelitian berserta ilmu. 



misalnya, gambar di bawah:
Apakah yang anda fikirkan? 

  • eh, pandai ke makhluk ni bermain piano? atau, 
  • so sweet... Danbo main piano dengan muka innocent. Cute! atau, 
  • Danbo - represent us. sebagai manusia. while piano - representing alat muzik, oh, apa pendapat Islam tentang umatnya untuk bermain alat muzik? Apakah hukumnya? Wajib / sunnah / makruh / haram? 
sudahkah kita membuat research tentang perkara yang PENTING ini? mengapa penting? Muzik di saat ini menjadi halwa telinga paling dominan bagi masyarakat kini. Sedangkan kita tahu bahawa muzik itu termasuk dalam perkara yang puak Yahudi rangka untuk menyesatkan kita, Umat Islam. Ya, kita! Saya, kamu, mereka, kita!! 


di sini saya sertakan sedikit pencarian. "Berdasarkan Fatwa Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa fatwa telah memutuskan bahawa harus menggunakan alat-alat muzik samada bersifat tradisi atau moden, mendengar, menghadiri majlis muzik dan mempelajarinya selama tiada disertai dengan perkara-perkara haram, tiada berlaku di tempat-tempat hiburan yang disertai dengan arak, judi, perempuan penyanyi dan pelayan, tari menari dan lain-lain pekerjaan kefasikan selama mana tiada melalaikan seseorang dari kewajipan-kewajipan khusus kewajipan-kewajipan agama seperti solat."


jelas tak? 
sedarkah kita, muzik yang menjadi peneman kita saat mengulang kaji pelajaran, kita sumbat earphone, yang mendendangkan lagu-lagu yang kadangkala kita tak tahu makna tersurat dan tersiratnya. 


sedarkah kita, muzik kala ini menjadi ungkapan penghias bibir kanak-kanak. Ya, kita anggap itu comel, bila kanak-kanak 2 tahun menyanyikan lagu Justin Bieber, Greyson Chance, Lady Gaga atau seangkatan dengannya. Hakikatnya, bukankah bibir yang mulus itu seharusnya diajar menuturkan zikir, membaca al-Fatihah dan mempelajari doa-doa asas? 


Astaghfirullah, kita makin jauh kini. 
Mari kita bermuhasabah. 
Salam zuhur buat semua. :)

No comments:

Post a Comment