KEGAGALAN! FAILURE!WHOA! ada yang "trauma" dengan perkataan-perkataan ini. ok, sebagai manusia, kita tahu ke, kegagalan akan datang suatu hari kepada kita dengan membawa buah tangannya, iaitu sebungkus rasa kecewa, sekilo rasa tertekan dan tragedi kemusnahan impian? NO! kita takkan tahu, kita tak pernah tahu, sampai saatnya datang.
SEBELUM TU, kita perlu ingat, kita hidup ibarat roda. kadang-kadang nun jauh di atas. kadang-kadang jatuh tergolek ke bawah.
Siapa yang tak pernah gagal? Common guys, jangan menipu diri sendiri. ok? kadang-kadang kita gagal untuk datang awal ke kelas. gagal la tu. Ada masa kita gagal untuk hantar homework pada masa yang ditetapkan. Gagal juga lah tu.
Ada macam-macam jenis gagal ni. Semua orang pernah gagal. Yang membezakan kita ialah tahap kegagalan kita. kenapa? Tahap kegagalan kita ni yang tentukan momentum kita seterusnya. Kalau kita gagal dengan teruk, kita akan usaha habis-habisan, semaksimum mungkin untuk TIDAK GAGAL LAGI!
![]() |
| "bersabarlah jika bencana datang menimpa, nescaya Allah akan mendatangkan jalan keluarnya" :) |
saya tulis entry ni sebab saya pun pernah merasa kegagalan. Betul guys, kegagalan tu memang sedih! menyakitkan. Saya ambil masa yang pendek untuk bangun semula, dengan bantuan ibu ayah, keluarga & sahabat.
Ok kawan-kawan, jadikan kegagalan kita hari ni sebagai batu loncatan untuk kita cari dan lalui tempoh kegemilangan kita! Amin, perkenankan doa kami Ya Allah..






No comments:
Post a Comment