CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, February 25, 2012

DANBO PART III - Love letter buat bakal suami & anak-anak :)



Rasanya, dalam lingkungan umur macam sekarang ni (20-an), sana sini kita dengar pasal kahwin kan?
Siapa yang tak mahu jalankan sunnah nabi, mendirikan masjid, melahirkan zuriat yang bakal memperjuangkan agama Islam sehabis-habisan? 
Buat bakal ayah kepada anak-anak,

  • diri ini tidak terlalu sempurna, masih banyak kekurangan, masih banyak perkara yang perlu belajar, moga satu hari nanti, kita sama-sama pertingkatkan kualiti diri. 
  • diri ini teringin untuk berhijrah, dengan redha Allah, dengan redha ibu bapanya, dengan redha si suaminya, berikanlah izin, berikanlah kekuatan, berikanlah kata-kata semangat untu diri ini. 
kasihku hanya untuk yang halal, insyaAllah :)



Buat anak-anak ummi & walid nanti, 

  • jadikanlah Al-Quran dan Sunnah sebagai teman terbaik, BFF kalian. Tanpa mereka, gelaplah dunia, gelaplah akhirat. Tanpa mereka, hala tuju hidup entah kemana, Abaikan mereka yang bersifat duniawi, jangan ikuti khilaf ummi ketika muda remaja. Nauzubillah. 
  • jadikanlah birrul walidain itu sebagai tujuan hidup selepas beriman kepada Allah dan Rasulnya. legakanlah hati ummi & walid saat kami keletihan bekerja, sejukkanlah mata kami dengan melihat kalian besujud di pagi hari, doakanlah kami saat kami telah tiada, menghadap Yang Esa
  • jadikanlah sedekah itu hobi tertutup? mengepa "hobi tertutup"? tak perlu dihebohkan saat tangan memberi pada yang meminta. kelak hati yang ikhlas bertukar ego dan bongkak. kelak, hati yang lembut bertukar keras, nauzubillah.
  • Belajarlah, belajarlah, belajarlah! usah penat, usah lelah, belajar kerana Allah, banyak yang akan kamu peroleh, ilmu, kasih dari Allah, kasih sesama manusia. 
Buat anak-anak & si suami, kita sama-sama buat ni ya! :)
Doakan moga ummi sentiasa meningkatkan amal, berniatkan kerana Allah, mempersiapkan diri sebagai yang solehah, setanding dengan suami yang soleh, buat anak-anak, bakal mujahid mujahidah! Amin Ya Rabbal Alamin.. 

^_^
Salam sayang, ummi! 
p.s: ummi tengah kumpul duit, ^_^

No comments:

Post a Comment