CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, October 8, 2012

hospital???

bismillahirrahmanirrahim... 

Sesak dada, sesak nafas bila mama call & bagitau yang ayah masuk hospital,, 
tangan menggigil,, mata berair. allah sahaja yang mengetahui perasaan masa itu, memang tak dapat digambarkan sama sekali. 

langsung tak jadi makan kat kafe, terus lari balik bilik & peluk roommate sambil menangis ceritakan apa jadi. mama langsung tak nak sebut kenapa ayah kena tahan di hospital, mama tak mau anaknya ini risau agaknya... 

dengan air mata, solat zuhur ditunaikan, selesai salam, memohon pada Yang Maha Berkuasa agar masih ada tiket bas untuk pulang ke selangor. mujur ada senior mahu hantar ke stesen bas kangar, terima kasih kak! 

sampai di stesen bas, mata meliar mencari kaunter tiket yang boleh membawaku pulang ke selangor paling cepat,, shamisha.. yes. insyaAllah.. 
"ada tiket lagi adik, berapa orang?". "Sorang je kak, single seat ye,,, " 


perut berbunyi,, sakit kepala, oh,, masuk angin.. tadi tak makan... 

*mana nak makan ni?* 

selesai makan ala kadar, cepat-cepat tunggu bas,,
perjalanan Kangar-Shah Alam terasa berhari-hari, 9 jam dalam bas terasa macam berpuluh hari menanti,, cepatlah sampai.. cepatlah sampai. 

entah berapa banyak kali agaknya air mata ni mengalir dalam bas, dengan hati yang risau, gundah gulana. 

battery handphone tinggal sikit!! 

Kangar - kedah - eh, singgah penang pulak,, cepatlah sampai shah alam - kl - FINALLY, Shah Alam. 

mama yang drive pagi-pagi untuk ambil anak sulungnya ini sangat tabah, dengan suami yang sakit di hospital, anak sulung yang baru nak balik, anak kedua yang sedang berjuang belajar untuk pmr tak lama lagi, anak ketiga yang nak exam beberapa hari lagi, dan si bongsu yang kerap tak sihat,, 

mama tak bagi tahu langsung, mama simpan sendiri, mama tak mau along risau ye ma? 

akhirnya, selamat sampai selangor, alhamdulillah,,, terima kasih allah,, 

note: terima kasih roommate, sebab hug & make me strong, terima kasih ikhwan, sebab bagi semangat, terima kasih syafiq, sebab bagi nasihat dan selalu doakan ayah, terima kasih kawan-kawan, sebab tolong macam-macam, terima kasih driver bus, sebab bawa saya balik selangor, terima kasih doc & nurses, sebab rawat ayah saya, terima kasih ckgu kk, ckgu khairi, ruhaidy & isteri, ckgu nizam & ckgu zul, sudi melawat ayah, terima kasih madam, bagi saya kata-kata semangat, terima kasih kak abirah, kuatkan hati saya, terima kasih kak izatul, jadi telinga saya. terima kasih kak amirah, ambil berat tentang saya. terima kasih semua :)

No comments:

Post a Comment