First of all, it's been quite a long time for me tak tulis entry.
*tak berapa sihatla, doakan ye*
okay, few days ago, I found this, let's check it out :)
![]() |
| credit to my friend, Paklong :) |
Allahu Akbar,
terasa hina diri ini, saat lihat senarai ibadat yang ditulis dalam jadual ni. sunat rawatib yang kerap dilupakan, solat sunat yang entah kemana, zikir yang kadang2 diganti dengan lagu2 terkini, hafazan yang masih merangkak-rangkak.
Allah, masih jauh diri ini denganmu, Engkau titipkanlah kesungguhan buatku untuk mengejar mardhatillahMu, mengecapi kemanisan iman, mensyukuri nikmatMu, mengikhlaskan dan memperbanyakkan bekalanku untuk berjumpaMu.
Allah, jangan Engkau tarik nyawaku saat aku masih berdosa, jangan Engkau jemput diriku saat diriku masih belum bertaubat nasuha, jangan Engkau keluarkan rohku saat masih ada urusan yang belum selesai dengan makhlukmu yang lain.
Allah, ikhlaskan aku dalam setiap perbuatanku, percakapanku.
Allah, permudahkan aku dalam segala perkara, jangan Engkau susahkan
Allah, terangi hati ku dan hati-hati sahabatku untuk menerima ilmu pengetahuan, belajar keranaMu, hanya keranaMu,
Allah, jadikan Engkau sebagai matlamat hidup dan mati kami.
Ameen.
#jom muhasabah diri.






Assalammualaikum. Mahu copy my dearest sister :')
ReplyDeletesilakan, hehe, moga bermanfaat :)
ReplyDelete