CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, April 7, 2012

Don't judge me by my past, I don't live there anymore!


Bismillahirrahmanirrahim, 
rupanya, mengambil masa juga untuk menulis entry baru kali ini.
dengan kesibukan dunia yang hampir melalaikan diri dengan kehidupan hakiki di akhirat, mujur ada yang masih mengingatkan. Thank you mama, ayah & hani! 

Ukhuwah itu, bukan didasari oleh tempat kelahiran, misalnya, kita tak boleh berkawan dengan orang yang dari negeri A, sebab kita ni duduk di negeri B. The only word that can describe person who thinks like this is "KOLOT". Tak perlu assabiyyah sangat. Kita perlu jalin ukhuwwah dengan semua orang. Setiap muslim adalah bersaudara, kan? 

Ukhuwah itu, bukan didasari oleh peringkat umur, misalnya, junior tak boleh kawan dengan senior. Siapa kata?
aduhai, mentaliti masyarakat Melayu sekarang, masih di takuk lama, jom kita jalankan transformasi hati, transformasi diri, transformasi minda!

contoh lain, siapa fikir golongan muda tak boleh duduk semeja dengan golongan emas? selalu ada dalam fikiran orang muda (pengalaman sendiri & kawan2) "kenapa orang A ni selalu sangat tegur orang tua? bukannya dia kenal pun orang tua tu. Tiba2 bagi salam, borak2 & tolong bawak barang"
explaination: 
ini jawapan dari orang A itu sendiri:-
kenapa tegur orang tua? : orang tua itu pun manusia juga, tak salah kita bagi salam & tegur mereka kan?
kenapa borak dengan mereka? : aduhai, cuba kita jawab soalan itu dengan bertanya kepada diri kita sendiri (senang kata, cermin diri la), kita suka tak kalau orang ambil berat atau beri perhatian kepada kita? suka kan? macam tu jugak la dengan warga emas ni. pada usia-usia macam ini la mereka gemar perhatian daripada golongan lebih muda, terasa diri mereka lebih dihargai. ingatlah sahabat, kita pun akan jadi tua satu hari nanti, jika panjang umur.
Tak sedih ke, di saat orang lain golongan remaja tidak ambil endah tentang kita?
kenapa tolong bawa barang mereka? : alahai, nama pun orang tua, berapa sangatlah kudrat dan tenaga yang mereka ada, lebih baik kita simpankan tenaga mereka itu untuk mereka beribadah, kita juga yang dapat sahamnya, kita juga yang dapat manfaatnya kan? InsyaAllah, jika hati IKHLAS :)

Ukhuwah itu bukan didasari dengan kecantikan fizikal, orang cantik tak boleh berkawan dengan orang kurang cantik. vice versa.
perkataan yang boleh describe spesies macam ni ialah : PERASAN! 
kalau anda cantik, ingatlah ada yang jauh lebih cantik. kalau muka cantik, perangai langsung tak elok, buat ape? *USELESS*
kalau anda kurang cantik, ingatlah bahawa lebih baik menjadi orang kurang cantik pada rupa, tapi cantik budi bahasanya. ^_^



Ukhuwah itu, bukan kerana harta benda! 
harta, mana datang harta? harta tu datangnya dari Allah, harta itu rezeki manusia tetapi rahsia Allah. tak siapa tahu apa rezeki kita hari ini dan hari esok. Kenapa? senang je, sebab Allah itu Maha Mengetahui. :)
Kalau ada orang A datang berkawan dengan anda sebab anda ada kereta, duit berkepuk-kepuk, tanah ladang sana sini, rumah sewa bersepah, pesanan penaja dari saya, berdoalah agar Allah beri sahabat sejati buat anda, kerana orang A itu tersangatlah MATERIALISTK. 
kadang-kadang, berlaku juga hal di mana seorang kawan B tak dapat menerima dengan ikhlas rakannya, si D yang agak bertuah dari aspek rezeki, melihatkan rakan D yang punya beg berjenama, baju yang cantik dan banyak, selalu naik kapal terbang, hal ini jadi isu dan menyebabkan mereka tidak rapat lagi. hal ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita. pesanan saya buat orang yang macam individu B ini, bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Jangan mudah cemburu dengan harta duniawi. tapi cemburulah jika rakan anda itu lebih banyak amalnya berbanding anda.
"Satu-satunya cara kita memperolehi kasih sayang ialah JANGAN menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 
- Rabiatul Adawiyah

betulkan ayat di atas? serius. trust the words.

p.s: saya sayang mereka, lillah. :)
jom berkasih sayang kerana Allah! 


9 comments: